Tuesday, October 27, 2015

Dilema budak master

Assalamualaikum reader,

masa aku disini berlalu begitu pantas..

Aku seakan bingung sekarang adakah perlu aku meneruskan perjalanan masterku
kerana aku tersepit antara cita2 ku dan impian keluarga, aku pernah terasa ingin sahaja quit dari sini dan tidak kisah apa pandangan keluargaku terutama ibuku yang beriya-iya mahu aku meneruskan pelajaran.

Namun aku seolah-olah keberatan dek kerana aku sudah jatuh cinta dengan suasana kerjaku. Dikelilingi rakan2 yang baik dan aku kira persekitaran yang islamik aku jadi selesa dan sayang untuk meninggalkan mereka.

Pada masa yang sama, antara yang menjadi kekuatanku adalah apabila SV ku menyatakan harapan dia untuk mengambil pelajar tempatan agar ilmu ini bisa dialir kedalam negara dan bukannya keluar begitu sahaja.

Namun.. ianya tidak mudah bagiku kerana aku punya banyak kekurangan dan seakan tiada tempat untuk aku merujuk dan bertanya kerana rakan2 ku yang lain berlainan bidang.

Tapi hari ini aku telah mendapat suntikan semangat dari rakan seperjuaganku yang mengatakan “Memanglah sekarang kita tak tahu tapi akan datang kita akan tahu juga” Can I believe in this?

Dia juga ada menyatakan bahawa aku kena tahu apa yang aku nak buat dan itu juga menjadi masalah yang besar buatku T_T

Sebab aku dapat rasakan aku hidup ini, aturan hidupku banyak yang ikut flow je..
Tapi Alhamdulillah flow itu menjurus aku untuk melakukan kebaikan.. aku bersyukur pada Allah kerana sentiasa mengurniakan aku rakan2 yang baik serta solehah J

Aku sejujurnya tak tahu apa yang aku nak buat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Boleh tak aku terus terang dengan SV aku yang aku tak tahu apa ayng aku nak buat T_T

Tapi… tulah aku pun confuse dengan diri sendiri sebab aku tak rasa yang aku dah berusaha bersungguh-sungguh sehingga aku kena berputus asa sekarang.

Jadi perlukah aku ikut je flow ni? Dan buat dengan bersungguh-sungguh sehingga orang lain atau SV aku sendiri yang cakap aku tak boleh buat? *tiba2 sebak dan tergamam if that really happen*


Mengakhiri coretan serba ringkas ditambah dengan tetibe datang mood rajin ni, aku tinggalkan bait2 kalam Tuhan untuk muhasabah bersama T_T



No comments:

Post a Comment