Assalamualaikum reader,
masa aku disini berlalu begitu pantas..
Aku seakan bingung sekarang adakah perlu aku meneruskan
perjalanan masterku
kerana aku tersepit antara cita2 ku dan impian keluarga, aku
pernah terasa ingin sahaja quit dari sini dan tidak kisah apa pandangan keluargaku
terutama ibuku yang beriya-iya mahu aku meneruskan pelajaran.
Namun aku seolah-olah keberatan dek kerana aku sudah jatuh
cinta dengan suasana kerjaku. Dikelilingi rakan2 yang baik dan aku kira
persekitaran yang islamik aku jadi selesa dan sayang untuk meninggalkan mereka.
Pada masa yang sama, antara yang menjadi kekuatanku adalah apabila SV ku menyatakan
harapan dia untuk mengambil pelajar tempatan agar ilmu ini bisa dialir kedalam negara
dan bukannya keluar begitu sahaja.
Namun.. ianya tidak mudah bagiku kerana aku punya banyak kekurangan
dan seakan tiada tempat untuk aku merujuk dan bertanya kerana rakan2 ku yang
lain berlainan bidang.
Tapi hari ini aku telah mendapat suntikan semangat dari
rakan seperjuaganku yang mengatakan “Memanglah sekarang kita tak tahu tapi akan
datang kita akan tahu juga” Can I believe in this?
Dia juga ada menyatakan bahawa aku kena tahu apa yang aku
nak buat dan itu juga menjadi masalah yang besar buatku T_T
Sebab aku dapat rasakan aku hidup ini, aturan hidupku banyak
yang ikut flow je..
Tapi Alhamdulillah flow itu menjurus aku untuk melakukan kebaikan..
aku bersyukur pada Allah kerana sentiasa mengurniakan aku rakan2 yang baik serta
solehah J
Aku sejujurnya tak tahu apa yang aku nak
buat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Boleh tak aku terus terang dengan SV aku yang aku tak tahu
apa ayng aku nak buat T_T
Tapi… tulah aku pun confuse dengan diri sendiri sebab aku
tak rasa yang aku dah berusaha bersungguh-sungguh sehingga aku kena berputus
asa sekarang.
Jadi perlukah aku ikut je flow ni? Dan buat dengan
bersungguh-sungguh sehingga orang lain atau SV aku sendiri yang cakap aku tak
boleh buat? *tiba2 sebak dan tergamam if that really happen*
Mengakhiri coretan serba ringkas ditambah dengan tetibe datang mood rajin ni, aku tinggalkan
bait2 kalam Tuhan untuk muhasabah bersama T_T

